Secara kesimpulannya berdasarkan daripada apa yang telah diajar oleh Dr NurNaha saya telah membuat reflection ke atas ketiga- tiga bab diatas. Saya berjaya memahami dan membuat kesimpulan apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan Sistem Maklumat Sumber Manusia. Jika dilihat pada tujuan HRIS itu sendiri diwujudkan. Iannya adalah untuk memudahkan kerja- kerja pengurusan dalam sumber manusia. HRIS ialah satu sistem yang lebih menekankan kepada teknologi di dalam pengurusan sesebuah organisasi. Dalam era moden ini, sesungguhya teknologi amatlah penting dan perlu digunakan oleh sesebuah organisasi. Sebagai contoh, jika 20 tahun yang lepas sesebuah organisasi hanya memerlukan kemasukan data secara manual untuk data- data payroll pekerja dan sebagainya, namun pada masa ini kaedah yang lebih relevan diperlukan untuk organisasi.
Daripada apa yang diajar dan diterangkan di dalam kelas, saya juga dapat melihat perbandingan di antara sistem yang wujud dan digunakkan oleh organisasi saya. Masih banyak yang perlu diperbaiki dan dimiliki oleh organisasi saya kini bagi memastikan teknologi maklumat yang digunakkan seiring dengan keperluan semasa.
Dengan adanya HRIS juga perjalanan sesuatu sistem menjadi lebih mudah. Hal ini dapat dilihat pada masa kini apabila kebanyyakan perniagaan lebih bersifat online. Di mana hal ini boleh menjimatkan masa dan memudahkan pembelian. Dari sudut perbankan juga kebannyakkan urusan bank dapat dilakukan dengan lebih mudah secara online, urusan pemindahan serta hal- hal lain boleh dilakukan secara mudah.
Kita juga boleh melihat semakin lama HRIS itu wujud, semakin banyak perubahan yang dibawa oleh HRIS itu sendriri. Sebagai contoh terdapat pelbagai- bagai model yang diwujudkan bagi memastikan HRIS itu terus berkembang. Pada mulannya kita hanya mampu mengaplikasikan model Multinatioanl, model Global dan model Internasional sahaja di dalam HRIS, namun model Transnasional yang lebih dapat baik dan berteknologi tinggi diwujudkan di dalam HRIS untuk memastikan iannya lebih maju dan stabil.
(269 patah perkataan)