Saturday, 31 December 2011

Introduction

Sistem maklumat sumber manusia adalah satu kombinasi terdiri daripada manusia, perkakasan, perisian dan rangkaian data yang bertanggungjawab mewujud, menukar dan mengagihkan maklumat dalam sesebuah organisasi.
Sistem maklumat tidak boleh diketepikan oleh para pengurus, memandangkan sistem maklumat memainkan perananan yang amat penting di dalam organisasi pada hari ini. teknologi digital sedang mengubah bentuk- bentuk organisasi perniagaan. Sistem- sistem yang wujud pada hari ini memberikan kesan secara terus ke atas cara pengurus membuat keputusan, cara pengurusan atasan membuat perancangan dan juga ke atas barangan serta bagaimana perkhidmatan dihasilkan.
Sistem maklumat sumber manusia meliputi gambaran keseluruhan perisian yang menjadi tarikan, pemilihan, pengekalan, pembangunan, dan penggunaan sumber tenaga buruh untuk mencapai kedua-dua objektif individu dan organisasi. Ia juga dapat memberikan gambaran yang terang Sistem Maklumat Sumber Manusia (HRIS) yang merupakan integrasi HRM dan Sistem Maklumat (IS). Selain daripada itu juga, fungsi dan kegunaan penting HRIS atau sistem Maklumat sumber manusia dan bagaimana ia membantu membantu pengurus sumber manusia untuk melaksanakan fungsi-fungsi sumber manusia dengan cara yang lebih berkesan dan sistematik dengan menggunakan teknologi. HRIS juga dapat digunakan untuk memperoleh, menyimpan, memanipulasi, menganalisis, mengambil, untuk mengedarkan maklumat penting mengenai sumber manusia sesebuah organisasi.
Dengan adanya HRIS ini juga, ianya dapat menunjukkan bagaimana untuk melaksanakan dan mengambil langkah berjaga-jaga semasa melaksanakan HRIS di dalam organisasi. Hal ini secara tidak langsung kita dapat melihat bahawa dengan adanya HRIS ini di dalam sesebuah organisasi. Sistem maklumat dan pengursan di dalam sesebuah organisasi menjadi lebih teratur dan tersusun.
Sumber Manusia dan teknologi maklumat adalah penting bagi syarikat-syarikat untuk menguruskan pelan manfaat mereka dan maklumat pekerja mereka. Teknologi pengurusan merupakan satu keperluan untuk membantu HR menguruskan kedua-dua maklumat dengan sebaiknya.

(261 patah perkataan)

Rujukan


No comments:

Post a Comment