Saturday, 31 December 2011

The Web And Key Trends Changing Human Resources

Teknologi terbaru yang banyak dihasilkan pada hari ini telah berjaya di dalam mentransformasikan sumber manusia. Ianya boleh dilihat, apabila banyak perubahan yang telah berlaku di dalam dunia sumber manusia itu sendiri. Transformasi di dalam sumber manusia juga boleh dilihat apabila sesuatu yang tempatan bertukar kepada sesuatu yang lebih global. Di mana setiap perkara di dalam sumber manusia boleh diketahui di seluruh dunia. Transformasi di dalam sumber manusia juga melibatkan satu sistem pentadbiran yang lebih berasaskan layan diri (self service). Apa yang dapat dilihat oleh saya pada masa kini, dengan adanya sistem maklumat di dalam dunia pada masa kini iannya dapat mengembangkan perniagaan dan menjadikan iannya lebih mudah bersaing di dunia luar. Selain daripada itu juga, sistem maklumat juga dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan proses perniagaan. Sebagai contoh, kita boleh melihat kebanyakkan perniagaan pada masa kini lebih gemar menggunakan pendekatan perniagaan secara online, di mana pembeli hanya perlu memesan barangan yang dikhendaki oleh mereka di dalam talian, membuat bayaran dan akhirnya mereka akan menerima pesanan melalui pos. Hal ini secara tidak langsung dapat mengurangkan masa untuk membeli belah.

HRIS juga diperlukan untuk penyimpanan maklumat bagi semua maklumat, termasuk data bagi setiap pekerja. Hal ini dilakukan bagi memudahkan pengurusan maklumat, menyediakan plan, pembuatan keputusan dapat dilakukan dengan lebih baik dan tepat, serta pengawalan dan fungsi sumber manusia dapat diteruskan dengan sebaik mungkin. Kepentingan HRIS juga turut dapat membekalkan data dan menyampaikan atau menyarankan kembali kepada pihak kerajaan dan agensi- agensinya. Di dalam sistem maklumat sumber manusia ini juga iannya membolehkan kita berfikir secara global dan lebih meluas di dalam kehidupan seharian kita. Di mana di sebalik peraturan yang wujud di dalam HRIS, ianya juga mampu menjadi lebih penting untuk kejayaan di dalam sesebuah perniagaan dan untuk mencari jalan untuk menjadikan sesebuah perniagaan itu lebih cekap dan efisyen bersama- sama dengan sumber yang mereka ada. Hal ini bermaksud mereka dapat menggunakan kebijaksanaan mereka dalam mengaplikasikan sistem yang sedia ada dalam kegunaan seharian di organisasi.

Selain daripada itu juga, HRIS juga memberikan impak perubahan yang lebih besar di dalam pengurusan personal dan sosial serta membolehkan pengguna mengukur keputusan dengan lebih tepat dan konsisten di dalam kuasa personal serta menjadikan pefahaman yang besar lebih mudah difahami. Alternatif lain di dalam rangkaian sosial juga boleh dilihat dengan cara kerkurangan fokus di dalam persekitaraan perniagaan. Di mana kehidupan personal dan kuasa personal seseorang adalah suatu kuasa yang diteruskan pada generasi akan datang di dalam konteks perniagaan.

Selain daripada itu juga, memetik daripada pernyataan Bill Kucik di dalam keratan majalah HR esklusif, di mana beliau ada mengatakan

“sistem menurut pakar seperti atau diibaratkan pelaburan dan ibarat stok yang mana awak perlu tahu apa yang meningkat dan menurun”

         Manakala menurut seorang lagi pakar dalam bidang sumber manusia, Jim Holincheck dan Thomas Otter, berpendapat

“Perisian akan dibahagikan kepada tiga kategori iaitu rekod sistem, perbezaan dan inovasi”

          Kesusasteraan HRIS ada juga mencadangkan terdapat pelbagai impak ke atas sumber manusia melalui organisasi, di mana ianya memerlukan variasi dan kepelbagaiaan. Hal ini menunjukkan dengan jelas bahawa HRIS itu sendiri mampu mengubah sesebuah organisasi dan organisasi tidak terhad kepada sesuatu cara atau kaedah yang lama sahaja dan kurang praktikal. Hasil yang berjaya diperolehi dari HRIS ialah implementasi atau menaiktaraf HRIS itu sendiri yang mampu untuk mengambilalih fungsi utama di dalam fungsi sumber manusia itu sendiri.

         Terdapat juga cabaran- cabaran yang wujud sewaktu menggunakkan HRIS di dalam organisasi. Iaitu cabaran pertama yang dapat dilihat ialah iannya berkaitan dengan keupayaan untuk mengekalkan tahap komitmen pihak pengurusan yang senior dan sumber yang diperlukan untuk mengimplikasikan dan menguruskan serta meningkatkan HRIS. Hal ini bermaksud, sewaktu menggunakkan HRIS di dalam organisasi, pihak pengurusan perlulah memikirkan aspek penggunaannya dan sejauh mana pihak pengurusan dapat menggunakan sistem HRIS ini dengan baik di dalam organisasi itu sendiri. Sekiranya penerimaan atau penggunaan sistem ini dapat dilakukan dengan lebih baik, maka secara keseluruhannya sistem ini telah dapat diterima pakai di dalam organisasi tersebut. Cabaran kedua yang dihadapi sewaktu menggunakkan HRIS ialah kebimbangan yang wujud di dalam menguruskan kesulitan dan masalah yang wujud di dalam sistem ini. Kebimbangan ini wujud akibat daripada kekurangan daripada tenaga pakar untuk menyelesaikan masalah jika sesuatu masalah itu timbul. Selain daripada itu juga, cabaran yang juga dianggap satu impak yang besar ke atas organisasi ialah timbulnya halangan yang berkaitan dengan HRIS dan fungsi ke atas HRIS di antara pihak pengurusan atasan dengan pihak pekerja, serta tanggungjawab yang wujud bersama- sama untuk menguruskan proses perubahan dan implikasinya ke atas sistem yang baru. Bagi sesebuah organisasi yang baru cuba mengaplikasikan HRIS di dalam organisasi mereka, iannya dianggap suatu masalah yang besar sekiranya penggunaan HRIS tidak dapat difahami sepenuhnya oleh organisasi serta individu di dalam organisasi itu sendiri, yang terdiri daripada pihak atasan mahupun pekerja bawahan.

(755 patah perkataan)

No comments:

Post a Comment