Saturday, 31 December 2011

Information System For Competitive Advantages

           Terdapat beberapa perkara yang melibatkan kuasa persaingan yang wujud di dalam industri. Kuasa persaingan ini wujud untuk membolehkan sesebuah perniagaan itu berjaya pada masa hadapan. Kuasa – kuasa persaingan melibatkan beberapa perkara iaitu:


a) Penentangan di antara pesaing di dalam industri
Di dalam industri perniagaan, kita dapat melihat beberapa pesaing yang sama yang wujud
di dalam industri perniagaan itu sendiri. Hal ini bermaksud organisasi yang mempunyai
kelebihan yang lebih banyak akan menjadi pemenang di dalam persaingan ini. Hal ini
secara tidak langsung akan mewujudkan persaiangan secara sihat di mana setiap
organisasi akan berlumba- lumba untuk mencapai kemenangan di dalam perniagaan itu.


b) Kemasukan pesaing baru di dalam industri dan pasaran
Kemasukan pesaing baru di dalam industri dan pasaran akan mewujudkan impak yang
besar di dalam sesuatu organisasi perniagaan itu sendiri. Hal ini dengan jelas menunjukkan
organisasi perlu memikirkan cara yang lebih baik untuk memastikan mereka sentiasa
bersaing dan masih berada di dalam pasaran walaupun dalam jangka masa yang lama.

c) Penukaran kepada produk alternatif
Penukaran kepada produk alternatif bermaksud organisasi membuat pilihan alternatif untuk
menggantikan produk yang sedia ada kepada satu produk baru yang lain. Hal ini
menunjukkan bahawa organisasi perlu mengambil langkah persediaan bagi memastikan
mereka masih kekal di dalam industri dan mampu menjadi di antara organisasi yang
menjadi pilihan pengguna.


d) Kuasa pembeli
Kuasa pembeli bermaksud, kuasa pembeli yang semakin besar dan penting dalam menjana
pendapatan untuk sesebuah perniagaan. Oleh yang demikian organisasi perlu mengambil
langkah- langkah untuk menjaga pelanggan agar mereka sentiasa menjadi pelanggan setia
serta sentiasa menggunakkan produk atau perkhidmatan kita.

e) Kuasa pembekal
Kuasa pembekal ialah kuasa yang dimiliki oleh pembekal di dalam perniagaan. Hal ini
bermaksud peniaga mempunyai kuasa untuk membuat pilihan samaada pembekal yang
mana yang menjadi pilihan mereka bagi meneruskan perniagaan mereka. Semestinya
pembekal yang menawarkan harga yang murah dan produk yang menarik akan menjadi
pilihan peniaga. Oleh yang demikian, kita dapat melihat bahawa kuasa pembekal amatlah
penting dalam meneruskan kelangsungan sesuatu perniagaan.

            Terdapat empat strategi persaingan yang di tekankan di dalam sesuatu perniagaan. Di mana strategi ini dilakukan oleh sesuatu perniagaan bagi memastikan perniagaan mereka terus bertahan dan berjaya sampai bila- bila. Strategi persaingan itu adalah:

a) Kos kepimpinan (cost leadership)
Kos kepimpinanan yang cuba dilakukan oleh sesuatu perniagaan ialah mereka cuba menjadi
pengeluar barangan yang paling rendah di antara pesaing. Hal ini bagi memastikan mereka
sentiasa menjadi pilihan pelanggan berbanding dengan yang lain. Di dalam strategi ini juga
peniaga turut membantu pembekal dan pembeli meminimumkan kos mereka masing- masing

b) Strategi pembezaan (differentiation strategy)
Satu cara untuk menjadikan sesuatu pernigaan itu lebih dapat menarik minat pelanggan ialah
dengan cara mengeluarkan produk yang berbeza dengan pesaing. Di mana perniagaan
memfokuskan barangan yang agak berbeza daripada pesaing dalam industri yang sama
untuk menarik minat pembeli.

c) Strategi inovasi (inovation strategy)
Peniaga yang bijak adalah mereka yang sentiasa menawarkan produk yang unik, serta
perkhidmatan dan pasaran produk yang terbaik bagi menarik minat pembeli. Perubahan
yang besar dan lebih radikal sentiasa dilakukan bagi memastikan perniagaan yang
mereka jalankan sentiasa berada di tangga teratas.

d) Strategi pertumbuhan (growth strategy)
Strategi pertumbuhan ialah strategi di mana iannya boleh memperluaskan kapasiti
kilang untuk pertumbuhan pasaran perniagaan mereka menjadi lebih global dan lebih
menyeluruh.

       Mengapakah sistem maklumat penting digunakan di dalam perniagaan. Iannya digunakan bagi memastikan sesuatu perniagaan itu mampu besaing di peringkat global dan seterusnya mampu besaing di peringkat dunia. Sistem maklumat diaplikasikan di dalam perniagaan bertujuan untuk mengurangkan kos perniagaan itu sendiri. Hal ini di mana, teknologi maklumat dapat mengurangkan kos niaga untuk peniaga itu sendiri. Di mana dengan adanya teknologi maklumat para peniaga tidak perlu untuk menyewa kedai, serta barang- barang keperluan lain untuk kegunaan pemasaran. Sebaliknya berlaku apabila peniaga mengaplikasikan teknologi maklumat ialah mereka hanya boleh menjual produk mereka secara online tanpa memerlukan kos- kos sampingan lain. Para peniaga juga boleh hanya menjual barangan mereka dari rumah sahaja. Hal ini secara tidak langsung menujukkan bahawa bertapa besarnya manfaat teknologi maklumat kepada perniagaan itu sendiri.


    Selain daripada itu juga, kebaikan teknologi maklumat juga amat besar manfaatnya kepada dunia perniagaan itu sendiri. Hal ini, dengan lebih jelas dapat dilihat manfaatnya di dalam aspek perbezaan, inovasi dan pertumbuhan promosi itu sendiri. Seperti mana yang diterangkan di dalam aspek strategi pesaingan di atas tadi. Pengenalan kepada teknologi di dalam komuniti perniagaan itu sendiri, secara dramatiknya menunjukkan bahawasanya ia mampu untuk mengubah amalan di dalam perniagaan dan sejauh mana sesuatu perniagaan itu memperoleh kelebihan yang tersendiri. Sistem maklumat juga mampu membantu organisasi mencapai elemen di dalam pelan yang strategik. Dalam era moden dan yang berasaskan teknologi ini, teknologi maklumat sangat memainkan peranan yang penting dalam memastikan perniagaan mereka terus berkembang dan bergerak dengan lebih maju ke hadapan.


         Menurut O’Brien (2005), kejayaan sesuatu strategi adalah apabila iannya mencapai pelan objektif perniagaan itu sendiri. Sebagai contoh O’ Brien meletakkan sistem informasi yang terbaik adalah menggunakkan teknologi informasi.


        Thompson (2006), kelebihan bersaing di dalam organisasi didefinisikan sebagai majoriti daripada pembeli lebih berminat dengan produk dan perkhidmatan organisasi melalui persaingan.
Teknologi maklumat juga dicipta untuk menyelesaikan masalah, menyediakan maklumat, serta menjadikan sesebuah organisasi itu lebih cekap dan mampu untuk membina perniagaan baru. Oleh yang demikian, hal ini dengan lebih jelas menunjukkan bahawasanya teknologi maklumat sangat penting bagi sesuatu perniagaan.


           Organisasi yang sentiasa mahu bersaing dan mendapat tempat di dalam industri mereka sendiri, ialah perniagaan yang sentiasa menawarkan produk yang lebih baik dari segi kualitinnya merentasi industri. Walaupun harga yang mereka tawarkan jauh lebih rendah berbanding dengan yang lain, namun kualiti yang ditawarkan sentiasa berada di tahap yang terbaik. Hal ini secara tidak langsung mampu mengekalkan pelanggan syarikat serta menambah bilangan pelanggan.Firma perniagaan boleh mendapat kelebihan bersaing yang lebih dengan cara membuat perubahan yang strategik di dalam perniagaan mereka, walaubagaimanapun firma perniagaan boleh kehilangan kelebihan bersaiang apabila pesaing yang membuat perubahan yang strategik di dalam perniagaan mereka. Kebanyakkan firma lebih fokus kepada memperoleh kelebihan bersaing daripada “warehouse”atau “ business intelligence system”.

No comments:

Post a Comment