Terdapat tiga strategi yang berlainan yang ditekankan untuk memastikan organisasi memilih setiap model yang akan digunakan dan diaplikasikan oleh organsisasi. Perkara pertama yang perlu dilihat oleh organisasi adakah cara atau kaedah yang hendak digunakan boleh memberikan respon kepada pengguna. Sebagai contoh kita lihat kepada HSBC bank, walaupun HSBC terdapat di seluruh dunia, namun pihak pengurusan perlu memastikan bahawa HSBC Malaysia perlu mempunyai satu sistem yang agak berbeza daripada HSBC di negara- negara lain, di mana pihak pengurusan perlu mengambilkira sensitiviti masyarakat Malaysia.
Aspek kedua yang perlu dititikberatkan oleh organisasi ialah mereka perlu melihat kepada kecekapan yang dimiliki melalui integrasi global. Hal ini bermaksud pihak pengurusan perlu memastikan samaada model yang dipilih benar- benar cekap dan lebih berguna pada masa hadapan, berbanding dengan model- model yang lain. Hal ini secara tidak langsung membolehkan model yang dipilih benar- benar membawa manfaat kepada organisasi itu sendiri pada masa hadapan.Organisasi juga perlu mengumpulkan semua pengetahuan di seluruh dunia yang berkaitan dengan inovasi dan pengetahuan yang boleh dikongsikan bersama- sama bagi memastikan model yang dipilih bersesuaian dengan kehendak organisasi itu sendiri. Hal ini secara tidak langsung dapat menunjukkan sesebuah organisasi yang bijak dan teratur perlu mendapatkan maklumat yang secukupnya mengenai perkara- perkara yang berkaitan bagi memastikan model yang dipilih adalah yang terbaik.
Terdapat empat model yang dilihat di dalam globalisasi HRIS. Model pertama yang kita lihat ialah model Multinational, di mana di dalam model ini, kita melihat kepada sistem yang mana iannya boleh disesuaikan dengan sistem yang diambil dari luar dengan budaya dalam negara ini. Hal ini bermaksud jika terdapat sistem- sistem yang diambil dan perlu digunakan di dalam negara, walhal sistem ini dimilik atau digunakan di seluruh dunia, pihak perngurusan perlu memastikan sistem ini benar-benar bersesuaian dengan masyarakat dan budaya tempatan. Sebagai contoh kedai serbaneka 7 Eleven. Seperti mana yang kita ketahui kedai ini telah berada di seluruh dunia sejak lama lagi. Namun apabila iannya di bawa masuk ke Malaysia. Sistem dan rekabentuk nya telah diubah suai mengikut budaya dan sensitiviti masyarakat Malaysia.Model kedua yang dilihat di dalam dunia globalisasi HRIS ialah model Global. Di mana di dalam model ini, ia adalah salah satu model yang paling mudah dan senang digunakan. Di dalam model ini, kita dapat melihat bahawa satu model yang digunakan tetapi iannya bersesuaian dengan semua. Sebagai contoh terdapat satu sistem yang baru digunakan di dalam sektor perbankkan di Malaysia, namun sistem perbankan yang sama ini boleh terus digunakan di seluruh dunia tanpa terdapat pengubahsuaian. Model ini kelihatan lebih fleksibel berbanding model Multinational.
Model seterusnya yang boleh di lihat di dalam globalisasi HRIS ialah model International, di mana di dalam model ini iannya mengambil kira pendekatan pembelajaran dan perkongsian untuk melaksanakan dan menguruskan HRIS. Di mana iannya dilakukan dengan cara memindahkan dan menyesuaikan diri dengan pengetahuan dan kepakaran yang dimiliki kepada organisasi tempatan, di samping terus mengekalkan pengaruh yang agak besar dan kawalan ke atas organisasi- organisasi tempatan. Organisasi juga mampu dilihat sebagai satu unit tambahan yang wujud hanya untuk menjalankan matlamat organisasi pusat. Model ini juga mampu untuk memudahkan pemindahan dan melakukan penyesuaian pengetahuan kepada unit-unit perniagaan yang lain dari mana-mana negara yang membina sistem ini. Model ini lebih dilihat kepada model yang berada di tengah- tengah di antara model Multinational dan model Global.
Model terakhir yang dilihat di dalam globalisasi HRIS ialah model Transnational. Di mana, di dalam model ini kita boleh melihat gabungan model Multinational, model Global dan model International. Model Transnational juga boleh dikatakan adalah model yang paling baik yang boleh digunakan di dalam kebanyakkan organisasi kini. Model ini juga boleh meningkatkan kecekapan melalui rangkaian di dalam sesuatu proses. Ia juga mampu untuk memberikan fleksibiliti melalui peranan dan tanggungjawab yang khusus, serta mewujudkan sebuah organisasi pembelajaran yang dinamik dan memudahkan proses inovasi.
(670 patah perkataan)
Rujukan
No comments:
Post a Comment