Saturday, 31 December 2011

Recruiting and Staffing

            Sebelum menerangkan dengan lebih lanjut berkaitan denagn pengrekruitan dan penstafan, saya akan menerangkan mengenai definisinya dahulu.Berikut adalah beberapa definisi yang dijelaskan di dalam pengrekruitan dan penstafan pekerja:


            Pengrekruitan ialah satu proses yang dilakukan di mana di dalam proses ini organisasi menarik, serta melakukan pemeriksaan dan memilih individu yang berkelayakan untuk mengisi sesuatu posisi di dalam organisasi.

            Penstafan pekerja pula bermaksud proses di mana organisasi memilih dan melatih individu untuk tugas- tugas yang spesifik berserta dengan fungsi- fungsinya.

            Pemilihan pula bermaksud satu proses pemilihan calon pekerjaan di dalam organisasi. Di mana iannya dilakukan untuk memastikan hanya calon yang layak sahaja yang diambil bekerja di dalam organisasi. Proses ini melibatkan pemilihan calon yang bersesuaian di kalangan  sekumpulan pemohon jawatan.

            Sistem E- pengrekruitan ialah satu permohonan pekerjaan yang dilakukan secara dalam talian dan sistem untuk memproses permohonan. Majikan mengiklankan pembukaan jawatan atau pekerjaan dan calon yang ingin mengisi jawatan tersebut menghantar permohonan melalui internet.

             Secara kesimpulannya berdasarkan definisi – definisi yang diterangkan di atas, dengan ini dapat dijelaskan bahawa pengrekruitan dan penstafan serta pemilihan pekerja adalah satu proses di mana majikan mengiklankan jawatan kosong yang terdapat di dalam organisasi kepada  individu di luar mahupun di dalam organisasi untuk diisi jawatan tersebut. Proses ini akan melalui beberapa peringkat sebelum seseorang itu dipilih untuk bekerja di dalam organisasi.

              Pada masa kini kebanyakkan organisasi melakukan proses pengrekruitan dan penstafan pekerja secara dalam talian. Objektif mengapa sistem pengrekruitan di lakukan secara dalam talian adalah unutuk membantu dan memudahkan pihak HR mengenalpasti individu yang benar- benar berkelayakkan sahaja yang dipilih untuk mengisi jawatan di dalam organisasi. Sistem ini juga dibina adalah untuk mengurangkan pusing ganti pekerja yang sangat tinggi di dalam sesebuah organisasi. Hal ini kerana hanya calon yang benar- benar berminat  untuk bekerja di dalam oraganisasi akan mengisi jawatan  ini dan mereka dengan jelas telah memahami dan mengetahui deskripsi dan spesifikasi tugas tersebut.

               Terdapat beberapa faedah yang diperoleh daripada proses pengrekruitan berasaskan web. Di dalam proses pengrekruitan, organisasi boleh mencapai sasaran yang besar di mana mereka boleh memperoleh sejumlah calon yang besar sewaktu proses itu berlangsung. Proses pengrekruitan juga boleh menjimatkan masa dan kos yang perlu dikeluarkan oleh organisasi. Hal ini apabila organisasi telah mempunyai pilihan calon yang ramai sewaktu proses ini berlansung, maka mereka tidak lagi memerlukan masa atau kaedah yang lain untuk memanggil calon untuk ditemuduga. Proses ini juga melibatkan proses pemilihan menjadi lebih mudah kerana iannya tidak memerlukan satu jangka masa yang lama untuk mencari calon untuk mengisi kekosongan. Pengrekruitan juga membolehkan organisasi mahupun majikan memperoleh informasi dengan lebih cepat berhubung dengan calon ataupun perkara yang berkaitan dengan calon serta jawatan yang dipohon.

              Penstafan pula adalah satu proses bermulanya pencarian oleh organisasi. Di mana di dalam konteks ini, organisasi mencari individu yang tepat untuk mengisi jawatan dan kekosongan di organisasi melalui satu perancangan yang tepat dan betul iaitu proses pengrekruitan dan pemilihan pekerja. Bagi proses penstafan iannya bukanlah berkahir sebaik sahaja individu diambil bekerja, iannya akan berterusan untuk beberapa proses lagi. Apabila individu yang berkelayakan telah dipilih dan diambil bekerja oleh organisasi, maka di sini lah letaknya tugas organisasi untuk menjaga pekerja melalui latihan yang diberi, penilaian yang baik terhadap pekerja tersebut dan lain- lain yang sewajarnya untuk menghargai jasa para pekerja tersebut. Penstafan juga adalah langkah pertama dan merupakan proses yang penting di dalam perancangan sumber manusia.

               Terdapat beberapa strategi di dalam pengrekruitan iaitu pengrekruitan termasuk di dalam aktiviti di dalam organisasi yang boleh menarik bilangan calon yang  ramai dan mempunyai latar belakang yang berbeza. Di mana, terdapat pelbagai jenis calon yang datang untuk ditemuduga. Strategi pengrekruitan adalah berbeza dan berlainan antara satu organisasi dengan organisasi yang lain. Mengikut kajian yang dijalankan kebanyakkan daripada organisasi lebih gemar melakukan pengrekruitan dalaman untuk mengisi jawatan di dalam organisasi. Hal ini kerana pekerja dalaman lebih mudah menerima dan mengetahui apa yang terkandung di dalam organisasi. Strategi pengrekruitan termasuklah pengiklanan di suratkhabar tentang jawatan kosong di organisasi. Organisasi juga turut mengupah agensi pekerjaan untuk mencari calon bagi mengisi kekosongan jawatan di organisasi.

               Menurut Cohen, 2001 pada tahun  1997 kajian menunjukkan hanya kira-kira 11 peratus daripada majikan AS telah menggunakan Web untuk pengrekruitan dari luar, di mana iannya telah mencapai 80 peratus pada  hari ini dan dijangka untuk akan mencapai sehingga  100 peratus dalam beberapa tahun akan datang. Hal ini dengan jelas menunjukkan bahawa pengrekruitan adalah satu perkara yang  paling utama yang dibuat oleh organisasi untuk pengambilan pekerja baru.

                Menurut Rebore, 2011 pula beliau memberi contoh bahawa kebanyakkan sekolah-sekolah memperoleh manfaat daripada  menggunakan pengrekruitan secara internet, dan mencari praktikal untuk menggunakan laman web untuk menerima permohonan, dan untuk memaklumkan kepada calon-calon yang berpotensi untuk dipilih mengenai daerah sekolah, gaji, dan faedah yang bakal mereka peroleh kelak. Maka dengan ini , iannya jelas menunjukkan bahawa pengrekruitan amat penting dan diperlukan kepada pemohon- pemohon yang memohon jawatan di dalam talian.

                 Kebaikan yang diperoleh daripada menggunakan pengrekruitan berasaskan web dan penstatafan pekerja ialah dengan penggunaan Internet untuk merekrut  pekerja secara web, iannya dapat memberikan penerangan dengan jelas tawaran kerja secara komersial, seperti Monster.com dan Careerbuilder.com, di mana di dalamnya terdapat  pembangunan laman web yang canggih dan terdapat banyak maklumat di dalamnya dan iannya direka khusus untuk individu- individu  untuk mengisi jawatan di bahagian atas sesebuah organisasi.

                  Secara kesimpulannya pengrekruitan berasaskan web ini dapat menunjukkan bahawa pada hari ini sesebuah organisasi itu tidak lagi berada  di takuk lama, iaitu mempunyai sistem pengrekruitan secara tradisional dan program pembangunan yang telah lapuk. Orgnanisasi kini lebih menekankan kemajuan di dalam organisasi untuk pembangunan organisasi itu sendiri.
(908 patah perkataan)


Rujukan



1 comment:

  1. Assalamualaikum, saya salah seorang pelajar dalam bidang Human Resource Development di salah sebuah IPTA, terima kasih di atas post ini..
    Saya sedang mencari maklumat berkenaan dengan tugas seorang Recruitment consultant, consultant bagi recruitment ni skop tugasnya bagaimana ya? dan apa kemahiran dan pengetahuan yg diperlukan utk kerja ini ya? jika Cik Aznurul Aina ada pengetahuan tentang bidang tugas ini, dan jika tak keberatan boleh terangkannya.. Insyaallah, terima kasih ya.

    ReplyDelete