Saturday, 31 December 2011

Web Based Technology & Employee Learning and Development (ELD)

              Laman web yang berasaskan teknologi adalah antara salah satu sistem  yang terhasil di dalam pembelajaran dan pembangunan pekerja (ELD). Terdapat beberapa peringkat di dalam sistem ELD,  iaitu iannya dilakukan untuk merancang dan membuat pemerhatian ke atas latihan yang dibuat oleh pekerja serta pembangunan di atas karier dan prestasi pekerja. Langkah kedua yang dilakukan ialah menganalisis pembangunan di dalam karier pekerja. Langkah ini dilakukan bagi mengenalpasti kaedah yang perlu dilakukan untuk membangunkan karier seseorang pekerja itu. Langkah ketiga yang dilakukan di dalam sisitem ELD ialah mengesyorkan program penilaian prestasi yang berkala. Di mana, iannya dilakukan bertujuan untuk memastikan setiap pekerja di dalam organisasi mempunyai tahap kompetensi yang tinggi mereka dan tidak tersasar daripada matlamat organisasi. Analisis program yang telah berjaya dilakukan perlu dibuat bagi memastikan iannya berkesan dan boleh digunakan pada masa hadapan.

          Terdapat beberapa kegunaan ELD  iaitu iannya dapat meningkatkan dan menghubungkan prestasi pekerja dengan organisasi itu sendiri. Di mana dengan adanya ELD, para pekerja sentiasa mempelajari sesuatu yang baru di dalam sesuatu bidang untuk meningkatkan prestasi syarikat. Program pembangunan yang diatur oleh syarikat dapat menyiapkan diri para  pekerja dan  memastikan mereka sentiasa bersaing untuk hasil kerja yang lebih baik pada masa hadapan. ELD juga dapat membantu pihak pengurusan mengurangkan beban kerja mereka. Sebagai contoh, jika sesebuah organisasi masih menggunakkan modul dam kaedah lama dalam menyampaikan latihan, hal ini sudah tentu melibatkan satu sesi latihan yang panjang dan melibatkan penggunaan kertas kerja yang sangat banyak, namun sebaliknya berlaku jika ELD dijalanakan dengan berasaskan web dan teknologi, sesi pembelajaran dan pembangunan pekerja itu dijalankan secara maya dan tidak melibatkan sesuatu yang rumit.


             ELD juga adalah satu cara di mana organisasi menggunakkan pendekatan mengadakan orientasi di kalangan kakitangan,  Mewujudkan proses pembelajaran yang lebih baik dan kondusif untuk para pekerja mereka dan seterusnya mewujudkan peluang pembangunan karier pekerja itu sendiri dengan menggunakan teknologi laman web. Proses pembelajaran juga dilakukan untuk menyediakan para pekerja dimana  mereka mampu untuk  membina tahap kepirmpinan mereka sendiri dan seterusnya mampu untuk menyokong kecemerlangan untuk sesetengah perhidmatan syarikat. Dengan adanya program sedemikian, iaitu pembelajaran berasaskan laman web dan teknologi iannya mampu menujukkan bahawa program- program yang wujud di dalam sesi latihan ini mampu disampaikan di mana- mana sahaja apabila iannya  diperlukan serta mempunyai kesan yang positif kepada organisasi itu sendiri. Bagi memastikan sesi latilan itu benar- benar berkesan, satu kurikulum pembelajaran yang teguh perlu disediakan dengan tepat pada masa pembelajaran serta penyelesaian E- learning yang sangat baik dan latihan yang berasaskan web di dalam pembelajaran dan pembangunan perlu untuk memenuhi aspirasi profesional bagi sesebuah organisasi.                                                                        

            Pendekatan yang digunakan yang berasaskan web telah mengubah pendekatan pembelajaran dan pembangunan pekerja. Hal ini dengan jelas ditunjukkan apabila pekerja tidak lagi berada di takuk lama pada sesi sesebuah latihan. Mereka tidak hanya mampu mengharapkan kepada organisasi untuk mengadakan latihan namun ia mampu bertindak sendiri. Walaubagaimanapun apabila terdapat sesuatu teknologi baru yang diperkenalkan, timbul pula kebimbangan apabila terdapat keraguan di dalam keputusan yang dibuat oleh pekerja itu sendiri mahupun organisasi. Hal ini kerana, mereka masih belum mahir dan pakar dengan teknologi tersebut. Selain daripada itu juga, organisasi akam meraih nilai yang terbesar ke atas pelaburan bagi alatan web yang digunakan.

             Dengan menggunakan teknologi yang berasaskan web di dalam sesi latihan dan pembangunan pekerja terdapat beberapa kebaikan yang timbul daripadanya antaranya ialah teknologi yang berasaskan web akan memberikan organisasi peluang untuk mencipta pengalaman pembelajaran yang berkuasa dan pekerja akan menggunakannya dengan lebih baik untuk mencapai matlamat mereka. Selain daripada itu juga, peralatan yang berasaskan web juga boleh membuka banyak peluang kepada para pekerja yang mana sebelum ini, mungkin para pekerja ini dikecualikan daripada menerima peluang- peluang pembelajaran di dalam organisasi. Dengan adanya teknologi ini, para pekerja lebih mudah mengikuti sesi pembelajaran tanpa perlu meninggalkan tugas- tugas mereka dalam  jangka masa yang lama.           

             Terdapat beberapa kaedah untuk menjadikan peralatan yang berasaskan web ini bermanfaat kepada organisasi mahupun pekerja. Iaitu organisasi yang terlibat di dalam pembelajaran yang berasaskan web ini perlu memikirkan kepada pelanggan dalaman mereka. Pelanggan dalaman mereka terdiri daripada para pekerja mereka sendiri. Di mana dalam hal ini, mereka perlu melihat kepada keupayaan pekerja itu sendiri untuk menggunakan teknologi yang ada. Perletakan matlamat  yang jelas amat perlu dititikberatkan kepada pekerja untuk memastikan misi dan visi organisasi berjaya dicapai oleh setiap individu di dalam organisasi. Jika latihan dan sesi pembelajaran melibatkan sesi yang baru, maka  satu ujian pilot perlu dibina bagi memastikan soalan- soalan atau sesi latihan yang akan diadakan kelak benar- benar mampu untuk memanfaatkan organisasi. Langkah seterusnya ialah strategi pemasaran yang terbaik perlu dilancarkan bagi memperkenalkan produk baru kepada khalayak.

 Kesimpulannya, teknologi yang berasaskan web perlu dilakukan dan oleh organisasi bagi memastikan sesi pembelajaran dan latihan yang ingin diberikan kepada pekerja lebih baik dan berkesan seiring dengan teknologi yang semakin berkembang pada masa kini.

(789 patah perkataan)

Rujukan

No comments:

Post a Comment