Saturday, 31 December 2011

Performance Management

            Pengurusan prestasi pekerja ialah satu proses yang melibatkan pekerja untuk mencapai misi dan matlamat organisasi. Pengurusan prestasi pekerja termasuklah merancang kerja yang hendak dilakukan dan meletakkan matlamat yang tepat untuk organisasi serta memantau prestasi kerja. Mencapai satu kapasiti yang dikhendaki dan melihat kembali prestasi yang telah berjaya dicapai serta memberikan ganjaran yang setimpal ke atas kerja yang baik yang telah diberikan oleh pekerja tersebut.


             Terdapat beberapa peringkat di dalam pengurusan prestasi yang pertama ialah merancang. Di mana, proses ini melibatkan sesebuah organisasi melihat kepada keputusan prestasi yang diperolehi, samada prestasi yang dihasilkan mampu membawa kepada kejayaan organisasi ataupun tidak. Organisasi juga perlu melihat kepada kompetensi – kompetensi yang dihasilkan oleh pekerja serta kelakuan yang diharapkan dari mereka. Objektif  yang dihasilkan oleh organisai juga perlulah yang bersifat spesifik untuk sesuatu perkara, boleh dicapai dan bersifat mencabar. Selain itu, untuk menjadikan sesebuah penilaian prestasi pekerja itu lebih baik, organisasi itu sendiri haruslah memainkan peranan yang penting di mana mereka perlu mencipta satu objektif yang SMART. Di mana objektif ini  adalah suatu objektif yang boleh diukur, iannya mestilah spesifik, boleh dicapai oleh setiap individu di dalam organisasi, realistik yang bermaksud mempunyai kewajarannya sendiri dan berkaitan dengan masa.

                Langkah kedua dan ketiga ialah melibatkan pemantauan dan membina prestasi itu sendiri. Iannya melibatkan  pengurusan prestasi harian iaitu melakukan pemantauan termasuk mengukur prestasi dan memberikan maklum balas kepada pekerja supaya mereka mengetahui prestasi tahap kerja mereka. Komunikasi dua  hala antara pengurus dan pekerja melalui tempoh masa prestasi itu dinilai adalah satu masa yang amat kritikal di dalam proses pengurusan prestasi. Tindak balas dan latihan yang diberi juga boleh dilakukan secara tidak formal bagi mengelakkan pekerja merasa tidak selesa dengan keadaan yang terlalu formal. Pembangunan yang dilakukan melalui  latihan, cabaran atau tugasan akan meningkatkan proses pengurusan prestasi tersebut.

                Mengkaji semula prestasi ialah satu proses yang normal di mana, keputusan yang dicapai oleh pekerja dan penilaian kompetensi yang dilakukan kepada pekerja sekurang- kurangnya setahun sekali. Pihak pengurusan membuat penilaian ke atas keputusan dan kelakuan pekerja samada iannya mengalami perubahan atau tidak sebelum atau selepas pengurusan prestasi di lakukan.

                Langkah yang terakhir yang dilakukan di dalam pengurusan prestasi ialah memberikan ganjaran kepada setiap pekerja di dalam organisasi yang memberikan prestasi yang terbaik.penghargaan dan ganjaran yang tidak melibatkan kewangan seperti pujian adalah salah satu ganjaran yang berstuktur yang boleh diberikan kepada pekerja- pekerja yang mampu memeberikan hasil yang terbaik.

  Sebuah organisasi yang berjaya adalah oranganisasi yang mampu unutk terus menyuburkan prestasi serta memperbaiki prestasi pekerja yang lemah, dan mampu untuk mengubah prestasi menjadi lebih baik. Cabaran yang paling besar bagi pihak pengurusan ialah apabila mereka mampu untuk mengenalpasti perilaku sebenar pekerja di dalam organisasi mereka, memberikan ganjaran dan pampasan kepada mereka serta  memberikan motivasi kepada mereka supaya mereka menjadi lebih bersemangat untuk bekerja. 

  Terdapat beberapa prinsip diamalkan di dalam proses pengurusan prestasi iaitu ianya dapat meningkatkan keberkesanan di dalam penilaian pihak pengurusan kepada pekerja bawahannya dan akan memerlukan satu perubahan bagi memastikan organisasi sentiasa bersaing dengan yang lain serta berjaya di dalam industri tertentu. Organisasi yang baik juga apabila pihak pengurusannya sentiasa memberi penekanan dari jangka pendek, kepada satu matlamat komponen individu tertentu. Hal ini bermaksud organisasi sentiasa membimbing pekerja mereka dan memberitahu kepada mereka mengenai perletakkan matlamat yang harus dicapai selaras dengan misi dan visi organisasi serta bagi peningkatan organisasi keseluruhannya. Organisasi juga perlulah bijak berkomunikasi dengan setiap pekerja di dalam suatu dialog yang jujur, tepat pada masanya dengan bertujuan bagi untuk peningkatan prestasi serta bagi meningkatkan penglibatan bersama dalam menetapkan matlamat dan standard prestasi seseorang pekerja. Pihak pengurusan juga perlulah mempunyai kemahiran bagi meningkatkan kemahiran pengurusan, serta kemahiran untuk berkomunikasi di antara pegawai atasan dan pekerja bawahan. Selain daripada itu, organisasi perlulah mengambil tanggungjawab untuk membuat proses penambahbaikan ke atas prestasi untuk beroperasi secara berkesan. Penilaian prestasi juga dapat meningkatkan tanggungjawab pekerja untuk merancang kerjaya mereka sendiri untuk hasil yang lebih baik.

Bagi mencapai penilaian prestasi yang baik, organisasi memerlukan beberapa keperluan prestasi untuk penilaian iaitu proses yang pertama ialah  pengurusan prestasi yang mesti dilaksanakan secara berkesan untuk  menyatakan tahap prestasi yang diperlukan dan mengenal pasti matlamat yang diperlukan. Ia adalah penting supaya penyelia dan pekerja  memahami jangkaan antara satu sama lain kerja. Ini adalah asas di mana satu proses pengurusan prestasi keseluruhan akan dibina. Atas sebab ini, adalah penting bahawa penetapan matlamat dapat dilakukan dengan baik. Kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang agak besar di antara pekerja dan penyelia berdasarkan konsep tanggungjawab kedudukan yang sama. Oleh itu, sebelum apa-apa usaha boleh dibuat untuk mengkaji semula prestasi individu, penyelia dan pekerja mesti mempunyai pemahaman umum mengenai apa yang merupakan prestasi yang baik

Terdapat beberapa ciri di dalam pengurusan prestasi iaitu:
1)         Menekankan matlamt yang SMART untuk pekerja
Dengan meletakkan matlamat perisian dan menyediakan ketua, pengurus, dan pekerja dengan peralatan yang berasaskan web untuk meletakkan matlamat yang SMART dan kemajuan prestasi dengan lebih kerap.
2)         Menilai prestasi pekerja
Organisasi seharusnya memastikan penilaian yang objektif kepada prestasi kerja dan membantu mencari kekuatan dan kelemahan pekerja.
3)         Melatih dan membimbing pekerja
Untuk terus meningkatkan prestasi, organisasi perlu untuk meneruskan latihan kepada pekerja. Tujuannya adalah untuk mengemaskinikan kemahiran dan kecekapan mereka. Iannya turut membenarkan meguruskan latihan kepada pekeja dengan lebih berkesan.

4)         Menggalakan pekerja yang tepat dengan posisi kerja yang kritikal
Organisasi yang berjaya adalah organisasi yang meletakkan pekerja dengan tepat pada posisi yang sebenar. Mereka juga akan mencadangkan pekerja yang betul untuk mengisi kekosongan jawatan di dalam organisasi.  


( 889 Patah Perkataan)

Rujukan


No comments:

Post a Comment