Saturday, 31 December 2011

My Self


Hi....Assalamualaikum W.B.T.

Saya akan mulakan penulisan blog saya ini dengan memperkenalkan diri saya, supaya pembaca lebih mengenali siapa diri ini.
Nama sebenar saya ialah Aznurul Aina bte Abdul Shukor, saya berusia 25 tahun dilahirkan pada 6 April 1986, saya merupakan anak jati Johor. Di mana saya dilahirkan serta membesar di bandaraya Johor Bahru. Saya mempunyai empat orang adik beradik dan saya adalah anak ketiga.
Kini saya bekerja di Jabatan Perangkaan Malaysia, Johor sebagai Pembantu Perangkaan. Saya telah bekerja di sini selama 2 tahun. Saya juga sedang menyambung pelajaran saya dalam program SPACE di Universiti Tekonologi Malaysia di dalam pengajiaan Ijazah Sarjana Muda Pembangunan Sumber Manusia. Saya kini berada dalam tahun keempat pengajian saya dan insyallah saya akan menamatkan pengajiaan saya dalam masa setahun lagi.
Sebelum ini saya adalah pemegang diploma dari Kolej Yayasan Melaka, di mana saya mempunyai diploma dalam bidang Keusahawanan. Sejurus menamatkan pengajiaan diploma, saya terus bekerja di dalam sektor swasta. Walaupun dalam tempoh yang agak singkat, saya menimba pengalaman kerja di dalam sektor swatsa, namun terlalu banyak pengalaman dan selok belok di dalam kehidupan sebagai seorang pekerja yang dapat saya belajar.
Alhamdulilah setelah bertahun- tahun menanti untuk diterima masuk ke dalam sektor kerajaan, akhirnya penantian saya berakhir apabila saya diterima masuk sebagai seorang penjawat awam di Jabatan Perangkaan Malaysia, Johor. Dan kini setelah dua tahun saya bekerja di sini, saya dapat rasakan bahawa terlalu banyak lagi yang perlu saya pelajari dan fahami.
Ramai yang bertanya kepada saya mengapa saya memilih untuk menyambung di dalam bidang Pembangunan Sumber Manusia, sedangkan bidang dan skop kerja saya amat berlainan dengan bidang yang saya pelajari. Jawapannya kerana saya amat berminat dalam bidang ini. Hal ini kerana bagi saya banyak yang saya belajar mengenai pekerja, menguruskan mereka serta bagaimana untuk mengawal dan menjadi seorang majikan yang amat memahami dan boleh menjadi seorang “Role model” kepada setiap pekerjanya.
Harapan saya pada masa hadapan adalah semoga saya dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari saya pada hari ini kepada kerjaya saya pada masa hadapan. Dan saya selalu berharap dan berdoa agar suatu hari nanti saya mampu menjadi seorang pegawai atasan yang mampu menyelami dan memahami perasaan para pekerja, serta tahu untuk menguruskan setiap pekerja di bawahnya dengan sebaik mungkin.

Amin, Insyallah

(336 patah perkataan)

2 comments:

  1. I enjoyed your post. It’s a lot like college – we should absorb everything we can but ultimately you need to take what you’ve learned and apply it.Nice man. Extremely informative post. I'll be sure to pass this along to my friends.
    Oldsmobile Toronado AC Compressor

    ReplyDelete
  2. aisha thanks for read my post.insyaAllah I will write more and shared it together with u and my friends :)

    ReplyDelete