Human Resource Information System
Saturday, 31 December 2011
Introduction
Sistem maklumat sumber manusia adalah satu kombinasi terdiri daripada manusia, perkakasan, perisian dan rangkaian data yang bertanggungjawab mewujud, menukar dan mengagihkan maklumat dalam sesebuah organisasi.
Sistem maklumat tidak boleh diketepikan oleh para pengurus, memandangkan sistem maklumat memainkan perananan yang amat penting di dalam organisasi pada hari ini. teknologi digital sedang mengubah bentuk- bentuk organisasi perniagaan. Sistem- sistem yang wujud pada hari ini memberikan kesan secara terus ke atas cara pengurus membuat keputusan, cara pengurusan atasan membuat perancangan dan juga ke atas barangan serta bagaimana perkhidmatan dihasilkan.
Sistem maklumat sumber manusia meliputi gambaran keseluruhan perisian yang menjadi tarikan, pemilihan, pengekalan, pembangunan, dan penggunaan sumber tenaga buruh untuk mencapai kedua-dua objektif individu dan organisasi. Ia juga dapat memberikan gambaran yang terang Sistem Maklumat Sumber Manusia (HRIS) yang merupakan integrasi HRM dan Sistem Maklumat (IS). Selain daripada itu juga, fungsi dan kegunaan penting HRIS atau sistem Maklumat sumber manusia dan bagaimana ia membantu membantu pengurus sumber manusia untuk melaksanakan fungsi-fungsi sumber manusia dengan cara yang lebih berkesan dan sistematik dengan menggunakan teknologi. HRIS juga dapat digunakan untuk memperoleh, menyimpan, memanipulasi, menganalisis, mengambil, untuk mengedarkan maklumat penting mengenai sumber manusia sesebuah organisasi.
Dengan adanya HRIS ini juga, ianya dapat menunjukkan bagaimana untuk melaksanakan dan mengambil langkah berjaga-jaga semasa melaksanakan HRIS di dalam organisasi. Hal ini secara tidak langsung kita dapat melihat bahawa dengan adanya HRIS ini di dalam sesebuah organisasi. Sistem maklumat dan pengursan di dalam sesebuah organisasi menjadi lebih teratur dan tersusun.
Sumber Manusia dan teknologi maklumat adalah penting bagi syarikat-syarikat untuk menguruskan pelan manfaat mereka dan maklumat pekerja mereka. Teknologi pengurusan merupakan satu keperluan untuk membantu HR menguruskan kedua-dua maklumat dengan sebaiknya.
(261 patah perkataan)
Rujukan
The Web And Key Trends Changing Human Resources
Teknologi terbaru yang banyak dihasilkan pada hari ini telah berjaya di dalam mentransformasikan sumber manusia. Ianya boleh dilihat, apabila banyak perubahan yang telah berlaku di dalam dunia sumber manusia itu sendiri. Transformasi di dalam sumber manusia juga boleh dilihat apabila sesuatu yang tempatan bertukar kepada sesuatu yang lebih global. Di mana setiap perkara di dalam sumber manusia boleh diketahui di seluruh dunia. Transformasi di dalam sumber manusia juga melibatkan satu sistem pentadbiran yang lebih berasaskan layan diri (self service). Apa yang dapat dilihat oleh saya pada masa kini, dengan adanya sistem maklumat di dalam dunia pada masa kini iannya dapat mengembangkan perniagaan dan menjadikan iannya lebih mudah bersaing di dunia luar. Selain daripada itu juga, sistem maklumat juga dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan proses perniagaan. Sebagai contoh, kita boleh melihat kebanyakkan perniagaan pada masa kini lebih gemar menggunakan pendekatan perniagaan secara online, di mana pembeli hanya perlu memesan barangan yang dikhendaki oleh mereka di dalam talian, membuat bayaran dan akhirnya mereka akan menerima pesanan melalui pos. Hal ini secara tidak langsung dapat mengurangkan masa untuk membeli belah.
HRIS juga diperlukan untuk penyimpanan maklumat bagi semua maklumat, termasuk data bagi setiap pekerja. Hal ini dilakukan bagi memudahkan pengurusan maklumat, menyediakan plan, pembuatan keputusan dapat dilakukan dengan lebih baik dan tepat, serta pengawalan dan fungsi sumber manusia dapat diteruskan dengan sebaik mungkin. Kepentingan HRIS juga turut dapat membekalkan data dan menyampaikan atau menyarankan kembali kepada pihak kerajaan dan agensi- agensinya. Di dalam sistem maklumat sumber manusia ini juga iannya membolehkan kita berfikir secara global dan lebih meluas di dalam kehidupan seharian kita. Di mana di sebalik peraturan yang wujud di dalam HRIS, ianya juga mampu menjadi lebih penting untuk kejayaan di dalam sesebuah perniagaan dan untuk mencari jalan untuk menjadikan sesebuah perniagaan itu lebih cekap dan efisyen bersama- sama dengan sumber yang mereka ada. Hal ini bermaksud mereka dapat menggunakan kebijaksanaan mereka dalam mengaplikasikan sistem yang sedia ada dalam kegunaan seharian di organisasi.
Selain daripada itu juga, HRIS juga memberikan impak perubahan yang lebih besar di dalam pengurusan personal dan sosial serta membolehkan pengguna mengukur keputusan dengan lebih tepat dan konsisten di dalam kuasa personal serta menjadikan pefahaman yang besar lebih mudah difahami. Alternatif lain di dalam rangkaian sosial juga boleh dilihat dengan cara kerkurangan fokus di dalam persekitaraan perniagaan. Di mana kehidupan personal dan kuasa personal seseorang adalah suatu kuasa yang diteruskan pada generasi akan datang di dalam konteks perniagaan.
Selain daripada itu juga, memetik daripada pernyataan Bill Kucik di dalam keratan majalah HR esklusif, di mana beliau ada mengatakan
“sistem menurut pakar seperti atau diibaratkan pelaburan dan ibarat stok yang mana awak perlu tahu apa yang meningkat dan menurun”
Manakala menurut seorang lagi pakar dalam bidang sumber manusia, Jim Holincheck dan Thomas Otter, berpendapat
“Perisian akan dibahagikan kepada tiga kategori iaitu rekod sistem, perbezaan dan inovasi”
Kesusasteraan HRIS ada juga mencadangkan terdapat pelbagai impak ke atas sumber manusia melalui organisasi, di mana ianya memerlukan variasi dan kepelbagaiaan. Hal ini menunjukkan dengan jelas bahawa HRIS itu sendiri mampu mengubah sesebuah organisasi dan organisasi tidak terhad kepada sesuatu cara atau kaedah yang lama sahaja dan kurang praktikal. Hasil yang berjaya diperolehi dari HRIS ialah implementasi atau menaiktaraf HRIS itu sendiri yang mampu untuk mengambilalih fungsi utama di dalam fungsi sumber manusia itu sendiri.
Terdapat juga cabaran- cabaran yang wujud sewaktu menggunakkan HRIS di dalam organisasi. Iaitu cabaran pertama yang dapat dilihat ialah iannya berkaitan dengan keupayaan untuk mengekalkan tahap komitmen pihak pengurusan yang senior dan sumber yang diperlukan untuk mengimplikasikan dan menguruskan serta meningkatkan HRIS. Hal ini bermaksud, sewaktu menggunakkan HRIS di dalam organisasi, pihak pengurusan perlulah memikirkan aspek penggunaannya dan sejauh mana pihak pengurusan dapat menggunakan sistem HRIS ini dengan baik di dalam organisasi itu sendiri. Sekiranya penerimaan atau penggunaan sistem ini dapat dilakukan dengan lebih baik, maka secara keseluruhannya sistem ini telah dapat diterima pakai di dalam organisasi tersebut. Cabaran kedua yang dihadapi sewaktu menggunakkan HRIS ialah kebimbangan yang wujud di dalam menguruskan kesulitan dan masalah yang wujud di dalam sistem ini. Kebimbangan ini wujud akibat daripada kekurangan daripada tenaga pakar untuk menyelesaikan masalah jika sesuatu masalah itu timbul. Selain daripada itu juga, cabaran yang juga dianggap satu impak yang besar ke atas organisasi ialah timbulnya halangan yang berkaitan dengan HRIS dan fungsi ke atas HRIS di antara pihak pengurusan atasan dengan pihak pekerja, serta tanggungjawab yang wujud bersama- sama untuk menguruskan proses perubahan dan implikasinya ke atas sistem yang baru. Bagi sesebuah organisasi yang baru cuba mengaplikasikan HRIS di dalam organisasi mereka, iannya dianggap suatu masalah yang besar sekiranya penggunaan HRIS tidak dapat difahami sepenuhnya oleh organisasi serta individu di dalam organisasi itu sendiri, yang terdiri daripada pihak atasan mahupun pekerja bawahan.
(755 patah perkataan)
Rujukan
Information System For Competitive Advantages
Terdapat beberapa perkara yang melibatkan kuasa persaingan yang wujud di dalam industri. Kuasa persaingan ini wujud untuk membolehkan sesebuah perniagaan itu berjaya pada masa hadapan. Kuasa – kuasa persaingan melibatkan beberapa perkara iaitu:
b) Kemasukan pesaing baru di dalam industri dan pasaran
c) Penukaran kepada produk alternatif
d) Kuasa pembeli
d) Strategi pertumbuhan (growth strategy)
Selain daripada itu juga, kebaikan teknologi maklumat juga amat besar manfaatnya kepada dunia perniagaan itu sendiri. Hal ini, dengan lebih jelas dapat dilihat manfaatnya di dalam aspek perbezaan, inovasi dan pertumbuhan promosi itu sendiri. Seperti mana yang diterangkan di dalam aspek strategi pesaingan di atas tadi. Pengenalan kepada teknologi di dalam komuniti perniagaan itu sendiri, secara dramatiknya menunjukkan bahawasanya ia mampu untuk mengubah amalan di dalam perniagaan dan sejauh mana sesuatu perniagaan itu memperoleh kelebihan yang tersendiri. Sistem maklumat juga mampu membantu organisasi mencapai elemen di dalam pelan yang strategik. Dalam era moden dan yang berasaskan teknologi ini, teknologi maklumat sangat memainkan peranan yang penting dalam memastikan perniagaan mereka terus berkembang dan bergerak dengan lebih maju ke hadapan.
Menurut O’Brien (2005), kejayaan sesuatu strategi adalah apabila iannya mencapai pelan objektif perniagaan itu sendiri. Sebagai contoh O’ Brien meletakkan sistem informasi yang terbaik adalah menggunakkan teknologi informasi.
Thompson (2006), kelebihan bersaing di dalam organisasi didefinisikan sebagai majoriti daripada pembeli lebih berminat dengan produk dan perkhidmatan organisasi melalui persaingan.
Organisasi yang sentiasa mahu bersaing dan mendapat tempat di dalam industri mereka sendiri, ialah perniagaan yang sentiasa menawarkan produk yang lebih baik dari segi kualitinnya merentasi industri. Walaupun harga yang mereka tawarkan jauh lebih rendah berbanding dengan yang lain, namun kualiti yang ditawarkan sentiasa berada di tahap yang terbaik. Hal ini secara tidak langsung mampu mengekalkan pelanggan syarikat serta menambah bilangan pelanggan.Firma perniagaan boleh mendapat kelebihan bersaing yang lebih dengan cara membuat perubahan yang strategik di dalam perniagaan mereka, walaubagaimanapun firma perniagaan boleh kehilangan kelebihan bersaiang apabila pesaing yang membuat perubahan yang strategik di dalam perniagaan mereka. Kebanyakkan firma lebih fokus kepada memperoleh kelebihan bersaing daripada “warehouse”atau “ business intelligence system”.
a) Penentangan di antara pesaing di dalam industri
Di dalam industri perniagaan, kita dapat melihat beberapa pesaing yang sama yang wujud
di dalam industri perniagaan itu sendiri. Hal ini bermaksud organisasi yang mempunyai
kelebihan yang lebih banyak akan menjadi pemenang di dalam persaingan ini. Hal ini
secara tidak langsung akan mewujudkan persaiangan secara sihat di mana setiap
organisasi akan berlumba- lumba untuk mencapai kemenangan di dalam perniagaan itu.
b) Kemasukan pesaing baru di dalam industri dan pasaran
Kemasukan pesaing baru di dalam industri dan pasaran akan mewujudkan impak yang
besar di dalam sesuatu organisasi perniagaan itu sendiri. Hal ini dengan jelas menunjukkan
organisasi perlu memikirkan cara yang lebih baik untuk memastikan mereka sentiasa
bersaing dan masih berada di dalam pasaran walaupun dalam jangka masa yang lama.
c) Penukaran kepada produk alternatif
Penukaran kepada produk alternatif bermaksud organisasi membuat pilihan alternatif untuk
menggantikan produk yang sedia ada kepada satu produk baru yang lain. Hal ini
menunjukkan bahawa organisasi perlu mengambil langkah persediaan bagi memastikan
mereka masih kekal di dalam industri dan mampu menjadi di antara organisasi yang
menjadi pilihan pengguna.
d) Kuasa pembeli
Kuasa pembeli bermaksud, kuasa pembeli yang semakin besar dan penting dalam menjana
pendapatan untuk sesebuah perniagaan. Oleh yang demikian organisasi perlu mengambil
langkah- langkah untuk menjaga pelanggan agar mereka sentiasa menjadi pelanggan setia
serta sentiasa menggunakkan produk atau perkhidmatan kita.
e) Kuasa pembekal
Kuasa pembekal ialah kuasa yang dimiliki oleh pembekal di dalam perniagaan. Hal ini
bermaksud peniaga mempunyai kuasa untuk membuat pilihan samaada pembekal yang
mana yang menjadi pilihan mereka bagi meneruskan perniagaan mereka. Semestinya
pembekal yang menawarkan harga yang murah dan produk yang menarik akan menjadi
pilihan peniaga. Oleh yang demikian, kita dapat melihat bahawa kuasa pembekal amatlah
penting dalam meneruskan kelangsungan sesuatu perniagaan.
Terdapat empat strategi persaingan yang di tekankan di dalam sesuatu perniagaan. Di mana strategi ini dilakukan oleh sesuatu perniagaan bagi memastikan perniagaan mereka terus bertahan dan berjaya sampai bila- bila. Strategi persaingan itu adalah:
a) Kos kepimpinan (cost leadership)
Kos kepimpinanan yang cuba dilakukan oleh sesuatu perniagaan ialah mereka cuba menjadi
pengeluar barangan yang paling rendah di antara pesaing. Hal ini bagi memastikan mereka
sentiasa menjadi pilihan pelanggan berbanding dengan yang lain. Di dalam strategi ini juga
peniaga turut membantu pembekal dan pembeli meminimumkan kos mereka masing- masing
b) Strategi pembezaan (differentiation strategy)
Satu cara untuk menjadikan sesuatu pernigaan itu lebih dapat menarik minat pelanggan ialah
dengan cara mengeluarkan produk yang berbeza dengan pesaing. Di mana perniagaan
memfokuskan barangan yang agak berbeza daripada pesaing dalam industri yang sama
untuk menarik minat pembeli.
c) Strategi inovasi (inovation strategy)
Peniaga yang bijak adalah mereka yang sentiasa menawarkan produk yang unik, serta
perkhidmatan dan pasaran produk yang terbaik bagi menarik minat pembeli. Perubahan
yang besar dan lebih radikal sentiasa dilakukan bagi memastikan perniagaan yang
mereka jalankan sentiasa berada di tangga teratas.
d) Strategi pertumbuhan (growth strategy)
Strategi pertumbuhan ialah strategi di mana iannya boleh memperluaskan kapasiti
kilang untuk pertumbuhan pasaran perniagaan mereka menjadi lebih global dan lebih
menyeluruh.
kilang untuk pertumbuhan pasaran perniagaan mereka menjadi lebih global dan lebih
menyeluruh.
Mengapakah sistem maklumat penting digunakan di dalam perniagaan. Iannya digunakan bagi memastikan sesuatu perniagaan itu mampu besaing di peringkat global dan seterusnya mampu besaing di peringkat dunia. Sistem maklumat diaplikasikan di dalam perniagaan bertujuan untuk mengurangkan kos perniagaan itu sendiri. Hal ini di mana, teknologi maklumat dapat mengurangkan kos niaga untuk peniaga itu sendiri. Di mana dengan adanya teknologi maklumat para peniaga tidak perlu untuk menyewa kedai, serta barang- barang keperluan lain untuk kegunaan pemasaran. Sebaliknya berlaku apabila peniaga mengaplikasikan teknologi maklumat ialah mereka hanya boleh menjual produk mereka secara online tanpa memerlukan kos- kos sampingan lain. Para peniaga juga boleh hanya menjual barangan mereka dari rumah sahaja. Hal ini secara tidak langsung menujukkan bahawa bertapa besarnya manfaat teknologi maklumat kepada perniagaan itu sendiri.
Selain daripada itu juga, kebaikan teknologi maklumat juga amat besar manfaatnya kepada dunia perniagaan itu sendiri. Hal ini, dengan lebih jelas dapat dilihat manfaatnya di dalam aspek perbezaan, inovasi dan pertumbuhan promosi itu sendiri. Seperti mana yang diterangkan di dalam aspek strategi pesaingan di atas tadi. Pengenalan kepada teknologi di dalam komuniti perniagaan itu sendiri, secara dramatiknya menunjukkan bahawasanya ia mampu untuk mengubah amalan di dalam perniagaan dan sejauh mana sesuatu perniagaan itu memperoleh kelebihan yang tersendiri. Sistem maklumat juga mampu membantu organisasi mencapai elemen di dalam pelan yang strategik. Dalam era moden dan yang berasaskan teknologi ini, teknologi maklumat sangat memainkan peranan yang penting dalam memastikan perniagaan mereka terus berkembang dan bergerak dengan lebih maju ke hadapan.
Menurut O’Brien (2005), kejayaan sesuatu strategi adalah apabila iannya mencapai pelan objektif perniagaan itu sendiri. Sebagai contoh O’ Brien meletakkan sistem informasi yang terbaik adalah menggunakkan teknologi informasi.
Thompson (2006), kelebihan bersaing di dalam organisasi didefinisikan sebagai majoriti daripada pembeli lebih berminat dengan produk dan perkhidmatan organisasi melalui persaingan.
Teknologi maklumat juga dicipta untuk menyelesaikan masalah, menyediakan maklumat, serta menjadikan sesebuah organisasi itu lebih cekap dan mampu untuk membina perniagaan baru. Oleh yang demikian, hal ini dengan lebih jelas menunjukkan bahawasanya teknologi maklumat sangat penting bagi sesuatu perniagaan.
Organisasi yang sentiasa mahu bersaing dan mendapat tempat di dalam industri mereka sendiri, ialah perniagaan yang sentiasa menawarkan produk yang lebih baik dari segi kualitinnya merentasi industri. Walaupun harga yang mereka tawarkan jauh lebih rendah berbanding dengan yang lain, namun kualiti yang ditawarkan sentiasa berada di tahap yang terbaik. Hal ini secara tidak langsung mampu mengekalkan pelanggan syarikat serta menambah bilangan pelanggan.Firma perniagaan boleh mendapat kelebihan bersaing yang lebih dengan cara membuat perubahan yang strategik di dalam perniagaan mereka, walaubagaimanapun firma perniagaan boleh kehilangan kelebihan bersaiang apabila pesaing yang membuat perubahan yang strategik di dalam perniagaan mereka. Kebanyakkan firma lebih fokus kepada memperoleh kelebihan bersaing daripada “warehouse”atau “ business intelligence system”.
(871 patah perkataan)
On Globalising HRIS
Di dalam bab yang terakhir penulisan saya ini, saya cuba menerangkan mengenai globalisai di dalam HRIS itu sendiri. Seperti mana yang diterangkan oleh Dr Nur Naha, globalisasi secara umumnya bermaksud dunia tanpa sempadan. Secara khususnya globalisasi boleh didefinisikan sebagai fenomena yang menjadikan dunia kelihatan mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat Hal ini menunjukkan bahawa HRIS yang cuba diaplikasikan adalah lebih bersifat menyeluruh dan boleh digunakan di seluruh dunia tanpa terdapat had- had tertentu.
Model seterusnya yang boleh di lihat di dalam globalisasi HRIS ialah model International, di mana di dalam model ini iannya mengambil kira pendekatan pembelajaran dan perkongsian untuk melaksanakan dan menguruskan HRIS. Di mana iannya dilakukan dengan cara memindahkan dan menyesuaikan diri dengan pengetahuan dan kepakaran yang dimiliki kepada organisasi tempatan, di samping terus mengekalkan pengaruh yang agak besar dan kawalan ke atas organisasi- organisasi tempatan. Organisasi juga mampu dilihat sebagai satu unit tambahan yang wujud hanya untuk menjalankan matlamat organisasi pusat. Model ini juga mampu untuk memudahkan pemindahan dan melakukan penyesuaian pengetahuan kepada unit-unit perniagaan yang lain dari mana-mana negara yang membina sistem ini. Model ini lebih dilihat kepada model yang berada di tengah- tengah di antara model Multinational dan model Global.
Model terakhir yang dilihat di dalam globalisasi HRIS ialah model Transnational. Di mana, di dalam model ini kita boleh melihat gabungan model Multinational, model Global dan model International. Model Transnational juga boleh dikatakan adalah model yang paling baik yang boleh digunakan di dalam kebanyakkan organisasi kini. Model ini juga boleh meningkatkan kecekapan melalui rangkaian di dalam sesuatu proses. Ia juga mampu untuk memberikan fleksibiliti melalui peranan dan tanggungjawab yang khusus, serta mewujudkan sebuah organisasi pembelajaran yang dinamik dan memudahkan proses inovasi.
Terdapat tiga strategi yang berlainan yang ditekankan untuk memastikan organisasi memilih setiap model yang akan digunakan dan diaplikasikan oleh organsisasi. Perkara pertama yang perlu dilihat oleh organisasi adakah cara atau kaedah yang hendak digunakan boleh memberikan respon kepada pengguna. Sebagai contoh kita lihat kepada HSBC bank, walaupun HSBC terdapat di seluruh dunia, namun pihak pengurusan perlu memastikan bahawa HSBC Malaysia perlu mempunyai satu sistem yang agak berbeza daripada HSBC di negara- negara lain, di mana pihak pengurusan perlu mengambilkira sensitiviti masyarakat Malaysia.
Aspek kedua yang perlu dititikberatkan oleh organisasi ialah mereka perlu melihat kepada kecekapan yang dimiliki melalui integrasi global. Hal ini bermaksud pihak pengurusan perlu memastikan samaada model yang dipilih benar- benar cekap dan lebih berguna pada masa hadapan, berbanding dengan model- model yang lain. Hal ini secara tidak langsung membolehkan model yang dipilih benar- benar membawa manfaat kepada organisasi itu sendiri pada masa hadapan.Organisasi juga perlu mengumpulkan semua pengetahuan di seluruh dunia yang berkaitan dengan inovasi dan pengetahuan yang boleh dikongsikan bersama- sama bagi memastikan model yang dipilih bersesuaian dengan kehendak organisasi itu sendiri. Hal ini secara tidak langsung dapat menunjukkan sesebuah organisasi yang bijak dan teratur perlu mendapatkan maklumat yang secukupnya mengenai perkara- perkara yang berkaitan bagi memastikan model yang dipilih adalah yang terbaik.
Terdapat empat model yang dilihat di dalam globalisasi HRIS. Model pertama yang kita lihat ialah model Multinational, di mana di dalam model ini, kita melihat kepada sistem yang mana iannya boleh disesuaikan dengan sistem yang diambil dari luar dengan budaya dalam negara ini. Hal ini bermaksud jika terdapat sistem- sistem yang diambil dan perlu digunakan di dalam negara, walhal sistem ini dimilik atau digunakan di seluruh dunia, pihak perngurusan perlu memastikan sistem ini benar-benar bersesuaian dengan masyarakat dan budaya tempatan. Sebagai contoh kedai serbaneka 7 Eleven. Seperti mana yang kita ketahui kedai ini telah berada di seluruh dunia sejak lama lagi. Namun apabila iannya di bawa masuk ke Malaysia. Sistem dan rekabentuk nya telah diubah suai mengikut budaya dan sensitiviti masyarakat Malaysia.Model kedua yang dilihat di dalam dunia globalisasi HRIS ialah model Global. Di mana di dalam model ini, ia adalah salah satu model yang paling mudah dan senang digunakan. Di dalam model ini, kita dapat melihat bahawa satu model yang digunakan tetapi iannya bersesuaian dengan semua. Sebagai contoh terdapat satu sistem yang baru digunakan di dalam sektor perbankkan di Malaysia, namun sistem perbankan yang sama ini boleh terus digunakan di seluruh dunia tanpa terdapat pengubahsuaian. Model ini kelihatan lebih fleksibel berbanding model Multinational.
Model seterusnya yang boleh di lihat di dalam globalisasi HRIS ialah model International, di mana di dalam model ini iannya mengambil kira pendekatan pembelajaran dan perkongsian untuk melaksanakan dan menguruskan HRIS. Di mana iannya dilakukan dengan cara memindahkan dan menyesuaikan diri dengan pengetahuan dan kepakaran yang dimiliki kepada organisasi tempatan, di samping terus mengekalkan pengaruh yang agak besar dan kawalan ke atas organisasi- organisasi tempatan. Organisasi juga mampu dilihat sebagai satu unit tambahan yang wujud hanya untuk menjalankan matlamat organisasi pusat. Model ini juga mampu untuk memudahkan pemindahan dan melakukan penyesuaian pengetahuan kepada unit-unit perniagaan yang lain dari mana-mana negara yang membina sistem ini. Model ini lebih dilihat kepada model yang berada di tengah- tengah di antara model Multinational dan model Global.
Model terakhir yang dilihat di dalam globalisasi HRIS ialah model Transnational. Di mana, di dalam model ini kita boleh melihat gabungan model Multinational, model Global dan model International. Model Transnational juga boleh dikatakan adalah model yang paling baik yang boleh digunakan di dalam kebanyakkan organisasi kini. Model ini juga boleh meningkatkan kecekapan melalui rangkaian di dalam sesuatu proses. Ia juga mampu untuk memberikan fleksibiliti melalui peranan dan tanggungjawab yang khusus, serta mewujudkan sebuah organisasi pembelajaran yang dinamik dan memudahkan proses inovasi.
(670 patah perkataan)
Rujukan
Recruiting and Staffing
Sebelum menerangkan dengan lebih lanjut berkaitan denagn pengrekruitan dan penstafan, saya akan menerangkan mengenai definisinya dahulu.Berikut adalah beberapa definisi yang dijelaskan di dalam pengrekruitan dan penstafan pekerja:
Rujukan
Pengrekruitan ialah satu proses yang dilakukan di mana di dalam proses ini organisasi menarik, serta melakukan pemeriksaan dan memilih individu yang berkelayakan untuk mengisi sesuatu posisi di dalam organisasi.
Penstafan pekerja pula bermaksud proses di mana organisasi memilih dan melatih individu untuk tugas- tugas yang spesifik berserta dengan fungsi- fungsinya.
Pemilihan pula bermaksud satu proses pemilihan calon pekerjaan di dalam organisasi. Di mana iannya dilakukan untuk memastikan hanya calon yang layak sahaja yang diambil bekerja di dalam organisasi. Proses ini melibatkan pemilihan calon yang bersesuaian di kalangan sekumpulan pemohon jawatan.
Sistem E- pengrekruitan ialah satu permohonan pekerjaan yang dilakukan secara dalam talian dan sistem untuk memproses permohonan. Majikan mengiklankan pembukaan jawatan atau pekerjaan dan calon yang ingin mengisi jawatan tersebut menghantar permohonan melalui internet.
Secara kesimpulannya berdasarkan definisi – definisi yang diterangkan di atas, dengan ini dapat dijelaskan bahawa pengrekruitan dan penstafan serta pemilihan pekerja adalah satu proses di mana majikan mengiklankan jawatan kosong yang terdapat di dalam organisasi kepada individu di luar mahupun di dalam organisasi untuk diisi jawatan tersebut. Proses ini akan melalui beberapa peringkat sebelum seseorang itu dipilih untuk bekerja di dalam organisasi.
Pada masa kini kebanyakkan organisasi melakukan proses pengrekruitan dan penstafan pekerja secara dalam talian. Objektif mengapa sistem pengrekruitan di lakukan secara dalam talian adalah unutuk membantu dan memudahkan pihak HR mengenalpasti individu yang benar- benar berkelayakkan sahaja yang dipilih untuk mengisi jawatan di dalam organisasi. Sistem ini juga dibina adalah untuk mengurangkan pusing ganti pekerja yang sangat tinggi di dalam sesebuah organisasi. Hal ini kerana hanya calon yang benar- benar berminat untuk bekerja di dalam oraganisasi akan mengisi jawatan ini dan mereka dengan jelas telah memahami dan mengetahui deskripsi dan spesifikasi tugas tersebut.
Terdapat beberapa faedah yang diperoleh daripada proses pengrekruitan berasaskan web. Di dalam proses pengrekruitan, organisasi boleh mencapai sasaran yang besar di mana mereka boleh memperoleh sejumlah calon yang besar sewaktu proses itu berlangsung. Proses pengrekruitan juga boleh menjimatkan masa dan kos yang perlu dikeluarkan oleh organisasi. Hal ini apabila organisasi telah mempunyai pilihan calon yang ramai sewaktu proses ini berlansung, maka mereka tidak lagi memerlukan masa atau kaedah yang lain untuk memanggil calon untuk ditemuduga. Proses ini juga melibatkan proses pemilihan menjadi lebih mudah kerana iannya tidak memerlukan satu jangka masa yang lama untuk mencari calon untuk mengisi kekosongan. Pengrekruitan juga membolehkan organisasi mahupun majikan memperoleh informasi dengan lebih cepat berhubung dengan calon ataupun perkara yang berkaitan dengan calon serta jawatan yang dipohon.
Penstafan pula adalah satu proses bermulanya pencarian oleh organisasi. Di mana di dalam konteks ini, organisasi mencari individu yang tepat untuk mengisi jawatan dan kekosongan di organisasi melalui satu perancangan yang tepat dan betul iaitu proses pengrekruitan dan pemilihan pekerja. Bagi proses penstafan iannya bukanlah berkahir sebaik sahaja individu diambil bekerja, iannya akan berterusan untuk beberapa proses lagi. Apabila individu yang berkelayakan telah dipilih dan diambil bekerja oleh organisasi, maka di sini lah letaknya tugas organisasi untuk menjaga pekerja melalui latihan yang diberi, penilaian yang baik terhadap pekerja tersebut dan lain- lain yang sewajarnya untuk menghargai jasa para pekerja tersebut. Penstafan juga adalah langkah pertama dan merupakan proses yang penting di dalam perancangan sumber manusia.
Terdapat beberapa strategi di dalam pengrekruitan iaitu pengrekruitan termasuk di dalam aktiviti di dalam organisasi yang boleh menarik bilangan calon yang ramai dan mempunyai latar belakang yang berbeza. Di mana, terdapat pelbagai jenis calon yang datang untuk ditemuduga. Strategi pengrekruitan adalah berbeza dan berlainan antara satu organisasi dengan organisasi yang lain. Mengikut kajian yang dijalankan kebanyakkan daripada organisasi lebih gemar melakukan pengrekruitan dalaman untuk mengisi jawatan di dalam organisasi. Hal ini kerana pekerja dalaman lebih mudah menerima dan mengetahui apa yang terkandung di dalam organisasi. Strategi pengrekruitan termasuklah pengiklanan di suratkhabar tentang jawatan kosong di organisasi. Organisasi juga turut mengupah agensi pekerjaan untuk mencari calon bagi mengisi kekosongan jawatan di organisasi.
Menurut Cohen, 2001 pada tahun 1997 kajian menunjukkan hanya kira-kira 11 peratus daripada majikan AS telah menggunakan Web untuk pengrekruitan dari luar, di mana iannya telah mencapai 80 peratus pada hari ini dan dijangka untuk akan mencapai sehingga 100 peratus dalam beberapa tahun akan datang. Hal ini dengan jelas menunjukkan bahawa pengrekruitan adalah satu perkara yang paling utama yang dibuat oleh organisasi untuk pengambilan pekerja baru.
Menurut Rebore, 2011 pula beliau memberi contoh bahawa kebanyakkan sekolah-sekolah memperoleh manfaat daripada menggunakan pengrekruitan secara internet, dan mencari praktikal untuk menggunakan laman web untuk menerima permohonan, dan untuk memaklumkan kepada calon-calon yang berpotensi untuk dipilih mengenai daerah sekolah, gaji, dan faedah yang bakal mereka peroleh kelak. Maka dengan ini , iannya jelas menunjukkan bahawa pengrekruitan amat penting dan diperlukan kepada pemohon- pemohon yang memohon jawatan di dalam talian.
Kebaikan yang diperoleh daripada menggunakan pengrekruitan berasaskan web dan penstatafan pekerja ialah dengan penggunaan Internet untuk merekrut pekerja secara web, iannya dapat memberikan penerangan dengan jelas tawaran kerja secara komersial, seperti Monster.com dan Careerbuilder.com, di mana di dalamnya terdapat pembangunan laman web yang canggih dan terdapat banyak maklumat di dalamnya dan iannya direka khusus untuk individu- individu untuk mengisi jawatan di bahagian atas sesebuah organisasi.
Secara kesimpulannya pengrekruitan berasaskan web ini dapat menunjukkan bahawa pada hari ini sesebuah organisasi itu tidak lagi berada di takuk lama, iaitu mempunyai sistem pengrekruitan secara tradisional dan program pembangunan yang telah lapuk. Orgnanisasi kini lebih menekankan kemajuan di dalam organisasi untuk pembangunan organisasi itu sendiri.
(908 patah perkataan)Rujukan
2. http://www.cliffsnotes.com/study_guide/Determining-Human-ResourceNeeds.topicArticleId-8944,articleId-8893.html
Web Based Technology & Employee Learning and Development (ELD)
Laman web yang berasaskan teknologi adalah antara salah satu sistem yang terhasil di dalam pembelajaran dan pembangunan pekerja (ELD). Terdapat beberapa peringkat di dalam sistem ELD, iaitu iannya dilakukan untuk merancang dan membuat pemerhatian ke atas latihan yang dibuat oleh pekerja serta pembangunan di atas karier dan prestasi pekerja. Langkah kedua yang dilakukan ialah menganalisis pembangunan di dalam karier pekerja. Langkah ini dilakukan bagi mengenalpasti kaedah yang perlu dilakukan untuk membangunkan karier seseorang pekerja itu. Langkah ketiga yang dilakukan di dalam sisitem ELD ialah mengesyorkan program penilaian prestasi yang berkala. Di mana, iannya dilakukan bertujuan untuk memastikan setiap pekerja di dalam organisasi mempunyai tahap kompetensi yang tinggi mereka dan tidak tersasar daripada matlamat organisasi. Analisis program yang telah berjaya dilakukan perlu dibuat bagi memastikan iannya berkesan dan boleh digunakan pada masa hadapan.
Terdapat beberapa kegunaan ELD iaitu iannya dapat meningkatkan dan menghubungkan prestasi pekerja dengan organisasi itu sendiri. Di mana dengan adanya ELD, para pekerja sentiasa mempelajari sesuatu yang baru di dalam sesuatu bidang untuk meningkatkan prestasi syarikat. Program pembangunan yang diatur oleh syarikat dapat menyiapkan diri para pekerja dan memastikan mereka sentiasa bersaing untuk hasil kerja yang lebih baik pada masa hadapan. ELD juga dapat membantu pihak pengurusan mengurangkan beban kerja mereka. Sebagai contoh, jika sesebuah organisasi masih menggunakkan modul dam kaedah lama dalam menyampaikan latihan, hal ini sudah tentu melibatkan satu sesi latihan yang panjang dan melibatkan penggunaan kertas kerja yang sangat banyak, namun sebaliknya berlaku jika ELD dijalanakan dengan berasaskan web dan teknologi, sesi pembelajaran dan pembangunan pekerja itu dijalankan secara maya dan tidak melibatkan sesuatu yang rumit.
ELD juga adalah satu cara di mana organisasi menggunakkan pendekatan mengadakan orientasi di kalangan kakitangan, Mewujudkan proses pembelajaran yang lebih baik dan kondusif untuk para pekerja mereka dan seterusnya mewujudkan peluang pembangunan karier pekerja itu sendiri dengan menggunakan teknologi laman web. Proses pembelajaran juga dilakukan untuk menyediakan para pekerja dimana mereka mampu untuk membina tahap kepirmpinan mereka sendiri dan seterusnya mampu untuk menyokong kecemerlangan untuk sesetengah perhidmatan syarikat. Dengan adanya program sedemikian, iaitu pembelajaran berasaskan laman web dan teknologi iannya mampu menujukkan bahawa program- program yang wujud di dalam sesi latihan ini mampu disampaikan di mana- mana sahaja apabila iannya diperlukan serta mempunyai kesan yang positif kepada organisasi itu sendiri. Bagi memastikan sesi latilan itu benar- benar berkesan, satu kurikulum pembelajaran yang teguh perlu disediakan dengan tepat pada masa pembelajaran serta penyelesaian E- learning yang sangat baik dan latihan yang berasaskan web di dalam pembelajaran dan pembangunan perlu untuk memenuhi aspirasi profesional bagi sesebuah organisasi.
Pendekatan yang digunakan yang berasaskan web telah mengubah pendekatan pembelajaran dan pembangunan pekerja. Hal ini dengan jelas ditunjukkan apabila pekerja tidak lagi berada di takuk lama pada sesi sesebuah latihan. Mereka tidak hanya mampu mengharapkan kepada organisasi untuk mengadakan latihan namun ia mampu bertindak sendiri. Walaubagaimanapun apabila terdapat sesuatu teknologi baru yang diperkenalkan, timbul pula kebimbangan apabila terdapat keraguan di dalam keputusan yang dibuat oleh pekerja itu sendiri mahupun organisasi. Hal ini kerana, mereka masih belum mahir dan pakar dengan teknologi tersebut. Selain daripada itu juga, organisasi akam meraih nilai yang terbesar ke atas pelaburan bagi alatan web yang digunakan.
Dengan menggunakan teknologi yang berasaskan web di dalam sesi latihan dan pembangunan pekerja terdapat beberapa kebaikan yang timbul daripadanya antaranya ialah teknologi yang berasaskan web akan memberikan organisasi peluang untuk mencipta pengalaman pembelajaran yang berkuasa dan pekerja akan menggunakannya dengan lebih baik untuk mencapai matlamat mereka. Selain daripada itu juga, peralatan yang berasaskan web juga boleh membuka banyak peluang kepada para pekerja yang mana sebelum ini, mungkin para pekerja ini dikecualikan daripada menerima peluang- peluang pembelajaran di dalam organisasi. Dengan adanya teknologi ini, para pekerja lebih mudah mengikuti sesi pembelajaran tanpa perlu meninggalkan tugas- tugas mereka dalam jangka masa yang lama.
Terdapat beberapa kaedah untuk menjadikan peralatan yang berasaskan web ini bermanfaat kepada organisasi mahupun pekerja. Iaitu organisasi yang terlibat di dalam pembelajaran yang berasaskan web ini perlu memikirkan kepada pelanggan dalaman mereka. Pelanggan dalaman mereka terdiri daripada para pekerja mereka sendiri. Di mana dalam hal ini, mereka perlu melihat kepada keupayaan pekerja itu sendiri untuk menggunakan teknologi yang ada. Perletakan matlamat yang jelas amat perlu dititikberatkan kepada pekerja untuk memastikan misi dan visi organisasi berjaya dicapai oleh setiap individu di dalam organisasi. Jika latihan dan sesi pembelajaran melibatkan sesi yang baru, maka satu ujian pilot perlu dibina bagi memastikan soalan- soalan atau sesi latihan yang akan diadakan kelak benar- benar mampu untuk memanfaatkan organisasi. Langkah seterusnya ialah strategi pemasaran yang terbaik perlu dilancarkan bagi memperkenalkan produk baru kepada khalayak.
Kesimpulannya, teknologi yang berasaskan web perlu dilakukan dan oleh organisasi bagi memastikan sesi pembelajaran dan latihan yang ingin diberikan kepada pekerja lebih baik dan berkesan seiring dengan teknologi yang semakin berkembang pada masa kini.
(789 patah perkataan)
Rujukan
Subscribe to:
Posts (Atom)